Monday, March 31, 2014

Jalan2 Cameron Highland

Sambungan daripada jalan2 KB.. Aku pergi Cameron daripada Kota Bharu ikut Gua Musang.
Pagi2 aku dah gerak daripada Kota Bharu. Pak Uda aku syorkan gerak awal sebab takut jalan sesak orang nk 'belarok' (orang konvoi hantar pengantin). Seperti aku tulis post yg lepas di Kelantan sepanjang hari cuti sekolah ada majlis perkahwinan diadakan.
Aku singgah sarapan kat Restoran Pohon Jati Kuala Krai. Disini ada roti canai yang sedap dan semestinya orang melayu yang buat.

Restoran Pohon Jati
Kami sampai di Gua Musang dalam pukul 12 tengahari dan meneruskan perjalanan ke Lojing untuk ke Cameron Highland. First time aku lalu jalan ni. Kereta tak banyak tapi jalan turun naik bukit juga la.

Dalam jam 1 lebih kami dah sampai area Cameron aku terus g ke Ladang Teh Sungai Palas. Dapat laa minum2 teh dan makan kek dulu untuk alas perut.












Daripada Sg Palas baulah aku pergi ker Country Lodge Resort kat Brinchang untuk checkin. Aku dah booking awal2 di booking.com. Senangnya booking.com tak perlu bayar dulu, bayar masa checkin nanti.

Malam kami jalan2 ke pasar malam Berinchang. Macam2 barang ada kt sini daripada makanan hingga ke souvenier.

Esoknya pagi2 kami gerak pergi ke Kea Farm Market sarapan disana terus. Senang datang awal pagi untuk parking. Di sini memborong sayur dan souvenier.



Selepas itu kami melawat tempat cactus plak.





Dan masuk ke taman Strawberry








Sebelum balik singgah minum teh lagi kt Cameron Valley Tea House kt Tanah Rata. View disini pun cantekk gakk






Balik KL aku ikut Tapah terus keluar PLUS.

Untuk rekod aku isi minyak full kat Kota Bharu sampai KL baru habis jarak perjalanan yang berbukit-bukau total 550km dengan Proton Exora CPS manual ku.....

No comments:

ceritera