Monday, March 31, 2014

Jalan2 Kota Bharu

Cuti sekolah datang lagi. Kali ni aku balik ke Kota Bharu lagi sebab pak su aku (adik arwah ayah aku) melangsungkan perkahwinan.
Aku gerak daripada KL hari sabtu pagi. Jalan memang penuh sebab bermulanya cuti sekolah seminggu.
Majlis paksu aku sebenarnya Sabtu tu lah di rumah pengantin perempuan. Tapi aku tak follow yang itu cuma akan memeriahkan majlis di rumah pengantin lelaki nanti (Isnin 24 Mac).
Aku sampai agak nak malam gak. Last minit cari homestay kononnya mana ada kosong sebab cuti sekolah jadi aku tumpang tidur rumah nenek aku jer. Pada awal malas nk menyusahkan tapi terpaksa gak laa.
Esoknya Ahad petang aku g jalan2 ke PCB makan meggi ketam. Aku cari gerai yang hujung2 sebab gerai yang awal2 ramai orang. Yang hujung2 ni agak kurang orang.
Pada awal tanya harga meggi ketam dia kata RM20 jer. Sekali masa bayar jadi RM30 pula sebab katanya ketam lagi besar. Rasa dia memang puas hati laaa. Ni first time makan sebelum ni dengar orang cakap jer hehehehe.


meggi ketam


Isnin majlis paksu aku. Cara orang kelantan memang berlainan dengan KL dan JOhor. Guna 2 khemah jer satu lelaki satu perempuan duduk atas kerusi tiada meja makan. Jimat.
Makan dihidang cara buffet. Makanan semua order luar kami cuma sediakan kuih muih jer.
Walaupun order luar tapi kene hidangkan sendiri yer untuk topup makanan kat buffet tu.
Letih gak laa sebab walaupun buat hari kerja, start tengahari sampai maghrib orang tak putus datang.

Menurut PakUda aku sepanjang minggu cuti sekolah akan ada majlis perkahwinan kat Kelantan bukan hari minggu jer....

Selasa aku gerak balik tapi bukan balik terus aku nak g Cameron plakkk....

No comments:

ceritera